Belum ada akaun Pas dibekukan - Utusan Malaysia

Belum ada akaun Pas dibekukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 3 Julai – Tiada sebarang akaun berkaitan dengan Pas dibekukan pihak berkuasa setakat ini biarpun parti itu pernah didakwa menerima wang sebanyak RM90 juta berasal dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Tidak ada akaun kita yang dibekukan. Setakat ini akaun kita tidak diganggu atau diusik,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Hari Raya Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), di sini hari ini.

Semalam, sebanyak 408 akaun bank dibekukan membabitkan 81 individu, 55 buah syarikat, parti politik dan NGO kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penyelewengan 1MDB.

Pembekuan akaun tersebut membabitkan dana mencecah RM1.1 bilion.

Sebelum ini, Pas pernah diserang musuh politik yang mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima wang berjumlah RM90 juta daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN