KUALA LUMPUR – Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah membekukan sebanyak 408 akaun bank melibatkan dana RM1.1 bilion daripada akaun-akaun milik individu, parti politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 26 dan 29 Jun lepas.
![]() |
|
ABDUL GANI
|
Pasukan itu dalam satu kenyataan berkata, akaun yang dibekukan juga membabitkan 81 individu serta 55 buah syarikat yang dipercayai pernah menerima dana daripada 1MDB.
“Akaun-akaun tersebut dipercayai ada kaitan dengan penyelewengan dan salah guna dana 1MDB. Ia melibatkan hampir 900 transaksi yang dibuat antara Mac 2011 dan September 2015.
“Pasukan Petugas Khas 1MDB kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti tahap pembabitan pihak-pihak terbabit,” katanya di sini semalam.











