PUTRAJAYA 1 Julai – Bekas suami kepada pelakon drama yang direman berhubung kes menyamar sebagai anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Muhammad Bukhori Md. Ruslan membenarkan tempoh reman lelaki itu bersama seorang lagi suspek dibebaskan dengan masing-masing dengan jaminan RM4,000 bersama seorang penjamin. Mereka sebelum ini direman empat hari bermula Khamis lalu untuk disiasat mengikut Seksyen 16A(a)(B) Akta SPRM 2009. Sumber…










