MELAKA 5 Julai – Bekas Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka, Datuk Khalid Omar dijatuhi hukuman penjara 15 bulan dan denda sebanyak RM36 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM5.4 juta, dua tahun lalu. Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Khalid, 58, disabitkan dengan 18 pertuduhan…










