MELAKA – Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia dipercayai tersedak susu semasa di bawah jagaan sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Bukit Baru di sini hari ini. Mangsa, Yusof Al-Baihakki Zainal Abidin meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari ketika menerima rawatan selepas dikejarkan ke Hospital Melaka di sini. Ibu bayi itu, Roslina Ismail, 34, berkata, dia yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Methodist Melaka dimaklumkan mengenai…










