CHICAGO, Amerika Syarikat – Mahkamah Persekutuan di sini menganugerahkan ganti rugi AS$17 juta (RM68.6 juta) kepada seorang bekas banduan yang dipenjara selama 21 tahun atas kesalahan yang tidak dilakukannya kelmarin.
Dia pada tahun 1988 ditangkap atas dakwaan membunuh seorang remaja berusia 16 tahun yang ditembak mati di sebuah kawasan tempat letak kereta dan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 80 tahun bagi kesalahan itu.
Rivera merupakan salah seorang daripada 18 lelaki yang disabitkan kesalahan melibatkan penipuan oleh Guevara di mahkamah.
Dalam perbicaraan tersebut peguam Rivera, Jon Loevy membongkar mengenai Guevara yang telah memaksa seorang budak lelaki berusia 12 tahun supaya mengenal pasti bekas banduan itu sebagai seorang pembunuh.
“Kamu tidak boleh hanya pergi keluar dan membuat pengesahan palsu serta menghantar orang ke penjara. Ia tidak betul dan berbahaya umpama sebutir peluru,” kata Loevy kepada juri.
Selain menerima pampasan AS$17 juta daripada pihak berkuasa, Hakim Joan B. Gottschall turut mengarahkan Guevara dan dua lagi bekas detektif membayar AS$175,000 (RM706,000) ganti rugi punitif kepada Rivera yang dibebaskan pada tahun 2011. – Agensi










