MARANG – Kementerian Pendidikan tidak menolak kemungkinan untuk melaksanakan ujian psikiatri terhadap bakal guru sebagai inisiatif bagi mengurangkan kes-kes jenayah seksual seperti cabul terhadap pelajar. Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, ujian tersebut sebagai saringan bagi memastikan tiada individu yang mempunyai kecenderungan pedofilia diterima sebagai guru. “Itu (ujian psikiatri) merupakan cadangan yang baik dan akan diteliti dengan lebih lanjut. Kementerian tidak akan bertoleransi dan memberi muka terhadap mana-mana pihak melakukan jenayah termasuk pedofilia,” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Marang di sini semalam. Beliau berkata…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya