GUA MUSANG – Seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang mencetuskan kontroversi kerana bernikah dengan peraih getah berumur 41 tahun memberitahu, sepasang baju kurung moden yang dihadiahkan suaminya sempena majlis perkahwinan mereka menjadi kenangan terindah dalam hidupnya. Budak yang dikenali sebagai Ayu itu berkata, baju berwarna kelabu berharga RM75 itu dibeli oleh suaminya beberapa hari sebelum majlis akad nikah mereka berlangsung di salah sebuah masjid di Sungai Golok, Selatan Thailand…









