PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump telah melakar satu sejarah tersendiri yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana ketua negara itu sebelumnya apabila dengan penuh berani dan angkuh mengisytiharkan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel pada 6 Disember 2017. Dengan itu beliau memecahkan keputusan antarabangsa yang telah diakui selama berdekad-dekad lamanya tentang kedudukan kota ini bagi negara Palestin. Gagasan untuk menempatkan negara Yahudi antarabangsa di kota suci Jerusalem atau Baitulmuqaddis ini, sebenarnya kembali…










