IMPIAN rakyat Malaysia untuk menyaksikan skuad bola sepak kebangsaan bawah 23 tahun (B-23) beraksi pada Sukan Asia 2018 mungkin tidak kesampaian sekiranya ketua jurulatih B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee gagal mengumpul sekurang-kurangnya 18 pemain secara minimum. Justeru, Kim Swee mendedahkan, tindakan menarik diri daripada Sukan Asia dilihat langkah terbaik jika beliau gagal menyediakan skuad yang secukupnya untuk beraksi di Indonesia kelak. “Jika kita tidak dapat mengumpul 18 pemain, bermakna…










