SUDAH menjadi lumrah bagi kebanyakan pelakon tempatan mengimpikan sebuah telefilem yang ditayangkan untuk tontonan khalayak pada musim perayaan. Masakan tidak, lihat sahaja impak luar biasa yang pernah ditinggalkan oleh beberapa naskhah hebat seperti Pondok Buruk, Daun Ketupat Kering, Rumah Tengah Sawah dan Takbir Suci belasan tahun lalu. Sehingga ke hari ini, rangkaian telefilem yang kebanyakannya menampilkan jalan cerita tentang realiti kehidupan masyarakat Melayu tersebut masih diulang siar di kaca televisyen.…










