KOTA KINABALU – Pembentukan awan yang dikatakan menyerupai objek terbang tidak dikenali (UFO) di langit puncak Gunung Kinabalu, Kundasang semalam merupakan awan lentikular. Ia adalah sejenis awan yang lazimnya terbentuk di kawasan bukit dan gunung kesan daripada hasil pergerakan udara di kawasan tersebut. Dimaklumkan, ia juga fenomena yang biasa berlaku di mana-mana kawasan bukit dan pergunungan pada ketinggian antara 6,500 – 16,500 kaki. Jurucakap Jabatan Meteorologi Sabah berkata, awan lentikular…










