At-Tobibi sokong kenyataan Ketua Hakim Syarie Selangor isu sihir - Utusan Malaysia

At-Tobibi sokong kenyataan Ketua Hakim Syarie Selangor isu sihir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 6 Julai. – Penglibatan pakar perubatan alternatif Islam yang arif tentang sihir serta gangguan makhluk halus dilihat menjadi satu keperluan di Mahkamah Syariah bagi membantu pro­ses pembuktian kes penceraian membabitkan unsur mistik.

SHAMSURIE
SHAMSURIE

Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Datuk Shamsurie Shafie berkata, berpandukan pengalaman sesi rawatan dikendalikan beliau, sihir pemisah menjadi salah satu penyumbang kepada penceraian di negara ini.

“Sudah tiba masanya, pakar-pakar perubatan alternatif Islam diberikan peranan untuk mengruqyahkan terlebih dahulu untuk melihat sama ada pasangan terlibat dengan unsur mistik atau tidak,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau mengulas kenyataan Ketua Hakim Syarie Selangor Mohammad Adib Husain yang mahu penglibatan pakar perubatan alternatif Islam bagi membantu pro­ses pembuktian unsur mistik dalam kes-kes Mahkamah Syariah di Selangor.

Mengulas lanjut, Shamsurie memberitahu, sekiranya pasangan berkenaan mempunyai gangguan mereka akan memberikan respon dengan cepat ketika diruqyah.

Katanya, langkah tersebut juga membolehkan hakim meneliti dan membuat penilaian berkaitan dengan kes berkenaan sebelum membuat keputusan.

Shamsurie berkata, di Kelantan ada hakim syarie yang mengendalikan kes ini mencadangkan pasangan terlibat supaya bertemu dengan pakar-pakar perubatan alternatif Islam terlebih dahulu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN