TANPA disedari, air mata Nicholas Goh Kyai Earn, 19, menitis saat lagu Negaraku bergema di Desa Gendro, Jawa Timur, Indonesia. Penuntut tahun dua jurusan Kejuruteraan Geomatik, Pusat Pengajian Profesional dan Pendidikan Berterusan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu begitu bangga kerana lagu kebangsaan didendangkan dengan penuh semangat patriotik walaupun tanpa iringan muzik. Nicholas adalah antara 55 orang peserta yang terlibat dalam program khidmat masyarakat HIJRAH’18 anjuran Kelab Kelana Siswa UTM baru-baru…










