Arab Saudi tolak keputusan Knesset - Utusan Malaysia

Arab Saudi tolak keputusan Knesset

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH 21 Julai – Israel terus dikecam negara-negara Islam selepas Parlimennya meluluskan rang undang-undang yang mengiktiraf Israel sebagai negara bangsa Yahudi. Menerusi satu kenyataan, Kementerian Luar Arab Saudi menolak sekeras-kerasnya keputusan tersebut dan tidak bersetuju ia dilaksanakan. Katanya, keputusan tersebut bertentangan dengan undang-undnag antarabangsa. Sehubungan itu, Riyadh menggesa komuniti antrabangsa untuk menentang rang undang-undang berkenaan yang dilihat jelas bersifat perkauman dan demi kepentingan sendiri. – AFP

Sokong kewartawanan kami

PERCUMA

1 bulan

1 Bulan / RM4.99

Sehari hanya RM0.17

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN