KUALA LUMPUR – Angin kencang Barat Daya berkelajuan 50 hingga 60 km sejam dengan ombak setinggi 4.5 meter diramal berlaku di perairan utara Phuket, timur laut Reef North, Layang-Layang, utara Labuan dan Palawan, sehingga Ahad ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. Selain itu, angin kencang sehingga…










