SPIELBERG, Austria – Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner menegaskan, kemenangan Max Verstappen pada aksi perlumbaan pada Grand Prix (GP) Austria malam kelmarin menunjukkan pelumba mudanya itu semakin matang. Pelumba kelahiran Belanda tersebut sebelum ini dikritik hebat apabila gagal menamatkan dua perlumbaan di Bahrain dan Azerbaijan serta sekadar meraih tiga podium dalam lapan perlumbaan. Verstappen yang memulakan perlumbaan di petak kelima berjaya mengambil kesempatan dengan baik ekoran masalah teknikal yang menimpa dua jentera Mercedes yang dipandu Valtteri Bottas dan Lewis Hamilton, sekali gus menamatkan saingan di tempat pertama dengan catatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya