MOSCOW 4 Julai – Pengurus England, Gareth Southgate berkata pasukannya memang layak ke suku akhir Piala Dunia setelah akhirnya berjaya menang menerusi sepakan penalti penentuan untuk menewaskan Colombia 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1. Ini merupakan kali kedua England menang menerusi penalti penentuan dalam kejohanan utama dan kali pertama dalam Piala Dunia daripada lapan percubaan. Peluang England untuk menempatkan diri dalam kelompok lapan pasukan terakhir mula terbit selepas Harry Kane meletakkan Three Lions di depan pada minit ke-57 menerusi penalti tetapi permainan berlanjutan ke masa tambahan apabila Yerry Mina menanduk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya