SYARIKAT penerbangan tambang murah negara, AirAsia menyerahkan cek bernilai RM300,300 kepada Majlis Kanser Nasional (Makna) pada acara #AirAsiaMAKNA: The Big Fiesta di Putrajaya baru-baru ini. Sumbangan itu diperoleh hasil daripada jualan amal baju-T edisi terhad hasil rekaan juruterbang dan krew kabin menerusi kempen #AirAsiaMAKNA. Kempen yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan memberi kesedaran tentang kanser dan menyokong penghidap kanser yang kurang bernasib baik. Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, kanser merupakan satu penyakit global yang memberi kesan kepada semua peringkat umur. Katanya, AirAsia juga memiliki pesakit yang berjuang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya