Ahmad Zahid bersyukur anak-anak angkat terus berdoa untuknya - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid bersyukur anak-anak angkat terus berdoa untuknya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan rasa syukur terhadap anak-anak angkatnya iaitu kalangan pelajar tahfiz, anak yatim dan anak Rohingya yang tidak putus-putus berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan dirinya sekeluarga.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau turut bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang turut sama mendoakannya.

“Menerima berita gambar dan video anak-anak angkat saya yang tidak berhenti berdoa untuk keselamatan saya menempuh ujian ini. Terima kasih kepada semua yang tidak putus berdoa untuk saya sekeluarga,” katanya dalam laman Facebook di sini hari ini.

KENYATAAN
 

Beliau turut memuat naik video dan beberapa keping gambar yang memaparkan anak-anak angkatnya itu sedang berdoa, mengaji al-Quran dan menunaikan solat hajat untuk dirinya.

Ahmad Zahid dihubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 27 Jun lalu untuk hadir bagi memberi keterangan mengikut Akta SPRM 2009.

Isnin lalu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tiba di Ibu pejabat SPRM kira-kira pukul 9.52 pagi bagi memberi keterangan berhubung dua siasatan iaitu membabitkan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan penyelewengan dana sebuah yayasan diterajui Ahmad Zahid bernilai lebih RM1 juta.

Beliau turut diminta menyambung keterangan berhubung kes siasatan dakwaan penyelewengan dana di Ibu pejabat SPRM, semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN