SAUDARA PENGARANG, Tahniah kepada Presiden UMNO baharu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana dipilih menerajui parti keramat orang Melayu ini. Kerajaan baharu pula telah membekukan kewangan UMNO dengan harapan melumpuhkan jentera parti. Ini tidak menghairankan. Umur saya masuk 72 tahun sama dengan usia parti keramat ini. Semasa saya berada dalam darjah lima saya mengikuti jejak langkah arwah ayah mendermakan sehari lima sen dari duit belanja sekolah saya kepada parti.…










