KUALA LUMPUR 5 Julai – Ahli-ahli politik tidak harus dilantik sebagai pengarah bagi menguruskan syarikat milik kerajaan (GLC). Profesor Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya (UM), Dr. Edmund Terence Gomez berkata, amalan tersebut harus dihentikan kerana dikhuatiri individu dilantik itu boleh menggunakan kuasa dan pengaruh mereka untuk kepentingan politik masing-masing. Beliau bagaimanapun berkata, pengecualian boleh diberikan kepada ahli politik yang mempunyai kapasiti sebagai menteri Kabinet dan ahli-ahli exco negeri. “Isu…










