Ahli perniagaan rugi RM601,350 ditipu sindiket Macau Scam - Utusan Malaysia

Ahli perniagaan rugi RM601,350 ditipu sindiket Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Julai – Seorang ahli perniagaan kehilangan RM601,350 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang memberitahu maklumat peribadinya digunakan untuk melakukan kad kredit palsu.

Kejadian tersebut berlaku antara 6 Julai hingga 12 Julai lalu dan mangsa telah melakukan 93 transaksi daripada dua akaunnya kepada lima akaun suspek.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, sindiket tersebut menghubungi mangsa dan memberitahu dia terlibat dengan hutang kad kredit.

“Mangsa memberitahu dia tidak mempunyai kad kredit dan bermula dari situ, panggilan tersebut telah disambung kepada polis dan seterusnya kepada Bank Negara.

“Akibat ketakutan yang melampau, mangsa telah mengikut kata suspek dan membuat sebanyak 93 transaksi hingga akaun bank mangsa berbaki hanya RM30,” katanya ketika ditemui di Ibu pejabat Polis Daerah Subang Jaya, dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN