IMPIAN Pelumba Kuala Lumpur, Mohd. Akid Aziz untuk muncul juara pada pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas kategori CP150 di Litar Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) tidak kesampaian apabila terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua dengan dibezakan 0.028 saat di belakang Ahmad Afif Amran. Akid yang memulakan perlumbaan di petak pertama dilihat menguasai seluruh perlumbaan, namun gagal mempertahankan kedudukan tersebut selepas pelumba Petronas Sprinta Yamaha-CKJ, Afif bijak mengambil peluang memintas Akid di selekoh terakhir untuk muncul juara. Afif berjaya menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan merekodkan catatan masa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya