SHAH ALAM 2 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia akibat kanser limfoma tahap empat di Pusat Perubatan Subang Jaya, pagi ini. SHUHAIMI SHAFIE Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 11.10 pagi selepas menjalami rawatan di pusat rawatan berkenaan difahamkan sejak pertengahan bulan lalu. Pada penggal lalu, Mat Shuhaimi, 49, merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selain…










