SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail mengumumkan untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nasional bagi sesi pemilihan parti itu bulan depan. Menurut Rodziah, sebagai sebuah parti yang terbuka untuk semua ahli bertanding, beliau menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan tersebut atas nama demokrasi. “PKR adalah sebuah parti yang membuka peluang untuk semua ahli, dari ahli biasa hingga ke pucuk pimpinan…










