ADUN Balakong maut kemalangan:MB Selangor ucap takziah kepada keluarga Tien Chee - Utusan Malaysia

ADUN Balakong maut kemalangan:MB Selangor ucap takziah kepada keluarga Tien Chee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 20 Julai – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee yang meninggal dunia akibat kemalangan di Kilometer 12, Lebuh Raya Ceras-Kajang awal pagi ini.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan di sini hari ini, Amirudin menyatakan rasa terkejut selepas menerima berita berkenaan selain menyifatkan mendiang Tien Chee merupakan seorang wakil rakyat yang berdedikasi dalam menjalankan tugas serta tangungjawabnya kepada rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

“Mendiang juga giat aktif dalam Pakatan Harapan Selangor menerusi Unit Tindak Parti Tindakan Demokratik (DAP). Pemergian beliau sudah pasti kehilangan yang amat besar buat Pakatan Harapan dan kekosongan yang ditinggalkan beliau sudah pasti turut dirasai oleh para penduduk di kawasan Balakong dan rakyat Selangor secara amnya,” katanya.

Tambah Amirudin, pemergian Tien Chee itu sudah pastinya dirasai oleh semua pihak selepas ADUN Sungai Kandis, Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia akibat kanser limfoma tahap empat pada 2 Julai lalu.

“Kedua-dua ADUN ini (Tien Chee dan Mat Shhaimi) telah banyak memberi khidmat kepada rakyat dan negeri,” ujarnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi ini, Tien Chee berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan X-Trail yang dipandunya melanggar bahagian belakang sebuah lori pencuci jalan milik syarikat konsesi lebuh raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd.Yussof dilapor mengesahkan kejadian tersebut selain memaklumkan Tien Chee sebelum itu dikatakan dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kajang.

Mendiang difahamkan meninggal dunia di tempat kejadian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN