GERIK 8 Julai – Seorang lelaki tidak menyangka kemalangan yang berlaku di Kilometer 59, Jalan Raya Timur Barat, Gerik-Jeli di sini hari ini membabitkan abangnya sendiri. Mohd. Saiful Izam Suhaidin, 32, berkata, dia dan isterinya, Suriani Arifin, 36, dalam perjalanan pulang ke Kampung Pangkal Meleret, Machang dan ternampak kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori. “Semasa menghampiri lokasi kemalangan, saya lihat banyak kereta dari arah bertentangan memberikan isyarat lampu. “Masa itu saya syak mesti ada kemalangan dan semasa melalui kawasan tersebut, saya lihat sebuah kereta dengan nombor pendaftaran kenderaan milik abang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya