KUALA LUMPUR 30 Julai – Adik kepada Siti Nur Ismawida Ismail, 30, terkilan kerana tidak dapat menghantar kakaknya ke lapangan terbang minggu lalu. Siti Nur Irsalina Ismail berkata, dia sepatutnya yang menghantar kakaknya ke lapangan terbang sebelum berlepas ke Lombok, Indonesia tetapi gagal berbuat demikian kerana mangsa mahu pergi bersama rakannya. “Kali terakhir saya berjumpa kak angah adalah pagi sebelum dia berangkat ke lapangan terbang. Ketika itu saya membantu dan…










