IPOH – Desas-desus Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Ahmad Shahrul Azhar Sofian ditamatkan tugas kelmarin terjawab apabila Presiden Pafa, Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim mengumumkan nama baharu bagi jawatan tersebut hari ini. Perkara tersebut menjadi bualan dalam kalangan peminat The Bos Gaurus sejak semalam selepas Ahmad Shahrul Azhar menerima surat penamatan jawatan tersebut daripada Pafa kelmarin. Ahmad Shahrul Azhar dilantik untuk memegang jawatan Setiausaha Kehormat Pafa pada 1 Julai…










