KUALA LANGAT – Kerajaan Selangor semalam menutup enam daripada 35 buah kilang kitar semula haram yang beroperasi di daerah ini kerana mengancam kesihatan 300,000 penduduk di sini ekoran terpaksa menghidu asap daripada aktiviti memproses sisa plastik yang diimport dari serata dunia. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han berkata, enam buah kilang yang semuanya terletak di Jenjarom ditutup dalam operasi bermula pada…









