KUALA LUMPUR 11 Julai – Sebanyak 589 penganjur judi bola sepak atau ‘bookie’ sempena temasya Piala Dunia 2018 yang sedang berlangsung di Russia ditahan menerusi Op Soga 2018 sejak 14 Jun lalu. Sepanjang tempoh tersebut, wang tunai mencecah RM420,000 terdiri daripada wang pertaruhan berjaya dirampas dan had kredit (credit limit) wang pertaruhan atas talian yang mencecah RM15 juta berjaya disekat. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, sejak Op Soga 2018 dilancarkan, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan 499 serbuan di seluruh negara.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya