46 individu berpesta liar di inap desa ditahan - Utusan Malaysia

46 individu berpesta liar di inap desa ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING – Seramai 46 individu termasuk seorang pelajar tingkatan lima ditahan selepas dikesan terlibat dalam satu parti liar di sebuah inap desa di Jalan Regat Muzaffar Shah, Assam Kumbang semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam serbuan yang dilakukan pada pukul 8.15 pagi itu, kesemua 32 lelaki dan 13 wanita tempatan itu berusia 17 hingga 24 tahun. 

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, polis menemui pelbagai jenis dadah selepas pemeriksaan dilakukan di dalam premis tersebut. 

“Sebanyak dua paket plastik mengandungi daun kering dipercayai ganja, satu paket plastik ketulan kristal disyaki dadah dan dua paket plastik serbuk putih disyaki ketamine serta beberapa lagi dadah turut dirampas. 

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap kesemua mereka mendapati 34 daripada yang ditahan positif dadah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 

Tambah Mohamad, polis turut merampas peralatan muzik selepas pemeriksaan mendapati premis itu tidak mempunyai lesen sah menjalankan pusat hiburan. 

“Seorang lelaki warga India yang mengaku sebagai penganjur dan penyewa premis turut ditahan bagi membantu siasatan. 

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 12(2), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Perak 1997,” katanya. 

Menurutnya, kesemua mereka direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 5 Julai depan. – K! ONLINE  
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN