436 barang tiruan pelbagai jenama dirampas - Utusan Malaysia

436 barang tiruan pelbagai jenama dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Julai – Anggota Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Kuala Lumpur menyerbu Plaza GM dan Lorong Haji Taib serta merampas 436 unit barangan tiruan pelbagai jenama, di sini semalam.

Ketua Pegawai Penguat kuasa PPDNHEP negeri, Low Swee Hon berkata, barangan yang dirampas terdiri daripada 40 beg tangan dan tujuh unit dompet jenama Louis Vuitton serta 389 unit jam tangan jenama Calvin Klein.

“Seramai sembilan anggota dan pegawai terlibat dalam Op Barang Tiruan yang dijalankan bersama Wakil Cap Dagang.

“Kesemua barangan yang dirampas bernilai kira-kira RM5,966,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut Swee Hon, dalam operasi kali ini sebanyak tiga kes telah dikesan di bawah Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011.

“Pihak PPDNHEP telah mengambil rakaman percakapan pemilik premis dan pekerja yang terbabit bagi membantu siasatan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN