KUALA LUMPUR – Pemilihan Ketua Bahagian UMNO di seluruh negara kelmarin mencatat sejarah apabila empat calon wanita terpilih menjadi Ketua Bahagian masing-masing.
Memuatkan artikel berkaitan…
Di Pahang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin menjadi wanita pertama di negeri Tok Gajah yang dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Maran sesi 2018-2021.
Shahaniza, 50, memenangi pemilihan selepas memperoleh 367 undi, menewaskan Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib yang mendapat 248 undi.
Menurut beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, agenda penyatuan UMNO adalah keutamaan bagi mengembalikan semua kepercayaan rakyat terhadap parti berkenaan.











