PULAU PINANG 3 Julai – Polis negeri menahan 39 individu kerana disyaki terlibat dengan aktiviti perjudian bola sepak Piala Dunia yang ketika ini sedang berlangsung di Rusia. Ketua Polis Negeri, Datuk A.Thaiveegan berkata, tangkapan berkenaan dilakukan menerusi 36 serbuan yang dilakukan pihaknya sepanjang tempoh kejohanan. Menurutnya, berdasarkan siasatan, jumlah pertaruhan mencecah RM1.8 juta dengan nilai pertaruhan meningkat ketika perlawanan membabitkan pasukan pilihan seperti Brazil, Argentina, Portugal, Belgium dan England. “Jumlah wang tunai yang dirampas pula sebanyak RM23, 885 selain rampasan beberapa peralatan yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perjudian,” katanya. Beliau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya