MELAKA 3 Julai – Lebih 300 tetamu terdiri daripada pelanggan dan penyimpan akaun di CO-OPBank Persatuan (CBP) cawangan Melaka menghadiri majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri bank koperasi berkenaan yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh di sini petang ini. Majlis hari raya yang diadakan setiap tahun itu bertujuan menghubungkan silaturahim antara kakitangan bank dan pelanggan selain meraikan bersama Aidilfitri dalam suasana meriah. Menurut Pengurus…










