20 pendaki Malaysia dijangka pulang hari ini - Utusan Malaysia

20 pendaki Malaysia dijangka pulang hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Julai – Sebanyak 20 pendaki Malaysia yang terperangkap selepas gempa bumi di Lombok Timur, Indonesia dijangka pulang hari ini.


Seorang mangsa yang hanya dikenali sebagai Nur Sakinah berkata, kumpulan itu akan bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok kira-kira pukul 6.30 pagi (waktu tempatan).


Jelasnya, dia turut berterima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes serta majikannya, Petronas kerana sentiasa memantau keselamatan mereka.


“Pada pukul 2.06 pagi (waktu tempatan), kami sudah berada di zon selamat kira-kira tiga jam perjalanan dari pusat gempa bumi di bandar Mataram, Indonesia,” katanya dalam status yang dimuat naik menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.


Tambahnya, kesemua 20 rakyat Malaysia yang bersamanya tinggal di lima hotel berasingan iaitu Hotel Lombok Raya , Hotel Puri Indah, Hotel Aston, Santika dan Hotel Astoria.


Berikut adalah senarai nama 20 rakyat Malaysia yang dijangka pulang hari ini :-


1. Nur Sakinah Hasman WILQXY – moved to AK305 LOP-KUL departing at 1020hr


2. Suriyanita Sidek OJWNSV – moved to AK309 LOP-KUL departing at 1215hr


3. Siti Hidayah Zainuddin QWLF4T – moved to AK309 LOP-KUL departing at 1215hr


4. Azrulazwar Wan Azizan QWLF4T – moved to AK309 LOP-KUL departing at 1215hr


5. Mohd Rhashidi Ibrahim UU8UGK – moved to AK309 LOP-KUL departing at 1215hr


6. wan Shakirah Wan Abdul Kahar CMIGFZ – moved to AK309 LOP-KUL departing at 1215hr


7. Safura Azali YKUGNS – moved to AK309 LOP-KUL departing at 1215hr


8. Nurfarah Aqilah Effendy Onn (XRJV5K) – moved to AK309 LOP-KUL departing at 1215hr


9. Suhaila Mohd. Jalil UGTYPR – moved to AK307 LOP-KUL departing at 2020hr


10. Marlisha Mohd Jalil UGTYPR – moved to AK307 LOP-KUL departing at 2020hr


11. Nor Sa’adah Ghazali TPR3GN – moved to AK307 LOP-KUL departing at 2020hr


12. Mohd. Nur Rashidi Mohd. Saffer TPR3GN – moved to AK307 LOP-KUL departing at 2020hr


13. Mohd. Faidz Mohd. Noor RSYCQX – moved to AK307 LOP-KUL departing at 2020hr


14. Ahmad Rizal Putra Mohd. Fadzullah NLN27Z – moved to AK305 LOP-KUL departing at 1020hr


15. Azli Abd Aziz NLN27Z – moved to AK305 LOP-KUL departing at 1020hr (standby / overbook)


16. Norashikin Yahaya NLN27Z – moved to AK305 LOP-KUL departing at 1020hr (standby / overbook)


17. Haslina Shaharudin 710707055512 NLN27Z – moved to AK305 LOP-KUL departing at 1020hr (standby / overbook)


18. Ikmal Hafizi Zulkifli XJR79V – moved to AK305 LOP-KUL departing at 1020hr (standby / overbook)


19. Ummu Syafiqah Mohd Nordin (CK6PKV) – moved to AK305 LOP-KUL departing at 1020hr (standby / overbook)


20. Afrinaldi Ranis HNTL4J – moved to AK305 LOP-KUL departing at 1020hr (standby / overbook) – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN