1MDB bukan punca kenaikan tarif elektrik - Utusan Malaysia

1MDB bukan punca kenaikan tarif elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Julai – Tuduhan kononnya kenaikan tarif elektrik pada ketika ini berpunca daripada penjualan aset Edra Global Energy Bhd., anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada China General Nuclear Power Corporation (CGN) disifatkan sebagai satu pembohongan.

Memuatkan artikel berkaitan…
LOKMAN NOOR ADAM
LOKMAN NOOR ADAM

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar sama sekali berikutan pembelian penjana tenaga bebas (IPP) daripada Edra Global Energy Bhd. melibatkan kontrak sedia ada.

“Pada ketika itu, CGN membeli IPP daripada Edra Global Energy Bhd. dengan kontrak sedia ada, maka ini telah menyebabkan harga tidak boleh berubah sehingga tamatnya kontrak tersebut. Jadi, tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar sama sekali.

“Malah dari segi logiknya, apabila CGN membeli aset tersebut mereka sudah pun meraih keuntungan dengan kontrak sedia ada, sebagai contoh 10 tahun selepas kontrak itu tamat, sudah pasti firma China itu akan membida pada harga jauh lebih rendah supaya boleh lawan dengan pesaing syarikat itu.

“Jadi mana datangnya logik mengatakan CGN menaikkan tarif elektrik supaya boleh memenangi tender tersebut,” katanya menerusi sebuah klip video berdurasi 13 minit 25 saat yang dipaparkan dalam laman Facebook beliau, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN