PERMATANG PAUH 2 Julai – Seramai 15,690 pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini mendaftar dalam program penempatan semula yang dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen bagi tahun ini. Pengarah Imigresen negeri, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, seramai 5,129 majikan juga telah mendaftar untuk program berkenaan membabitkan kutipan kompaun sebanyak RM2.5 juta. Tambahnya, seramai 4,275 PATI pula telah mendaftar untuk pulang ke negara asal membabitkan kutipan kompaun sebanyak RM1.7 juta.…










