124 individu disyaki penagih dadah diberkas di Kemaman - Utusan Malaysia

124 individu disyaki penagih dadah diberkas di Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Seramai 124 individu termasuk lima wanita dan dua warga asing disyaki penagih dadah ditahan dalam Ops Sarang di sekitar daerah ini semalam.

Dalam operasi yang bermula pada pukul 2 pagi, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 20 hingga 60 tahun berkenaan diberkas dalam 92 serbuan dilakukan di lokasi-lokasi disyaki sarang penagihan dadah di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, penahanan 124 individu disyaki penagih dadah dalam operasi tersebut merupakan yang terbesar di daerah Kemaman pada tahun ini.

“Operasi diadakan untuk membanteras gejala penagihan dadah yang menjadi kebimbangan masyarakat setempat kerana ia turut mengundang peningkatan kejadian jenayah. Selain kesemuanya suspek positif dadah, dua suspek yang ditangkap juga disyaki pengedar dadah manakala memiliki dadah (16 orang),” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Said berkata, operasi terbabit turut berjaya merampas pelbagai jenis dadah seperti pil kuda, heroin, syabu, methadone, Eramin 5 dan air ketum yang jumlah keseluruhannya dianggarkan bernilai RM2,000. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN