SEREMBAN 29 Julai – Seramai 12 penumpang sebuah bas ekspres cedera ringan selepas bas tersebut merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 285.8 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat sini pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Ibrahim Mohd. Abd. Kadir berkata, kemalangan pada pukul 10 pagi itu menyebabkan bahagian hadapan bas ekspres itu remuk. “Siasatan awal polis mendapati kemalangan berlaku sewaktu lori berkenaan sedang bergerak di lorong…










