12 maut feri karam di Sulawesi Selatan - Utusan Malaysia

12 maut feri karam di Sulawesi Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 3 Julai – Sekurang-kurangnya 12 penumpang feri termasuk dua kanak-kanak maut dalam kejadian feri karam di berhampiran pulau Selayar, Sulawesi Selatan hari ini manakala pihak berkuasa kini sedang berhempas pulas menyelamatkan 125 lagi penumpang lain.

Penumpang feri berpaut pada feri yang terbalik sambil menunggu bantuan dalam kejadian feri karam berhampiran pulau Selayar, Sulawesi Selatan, hari ini. – AFP

Kejadian feri karam terbaharu itu berlaku ketika pihak berkuasa menghentikan operasi mencari dan menyelamat sebuah feri yang karam di Danau Toba pada bulan lalu yang mengorbankan lebih 200 penumpang.

Ketua wilayah Selayar di Sulawesi Selatan mengesahkan kematian empat penumpang feri KM Lestari tersebut kepada stesen penyiaran TVOne.

Menurut laporan media, selain penumpang, feri berkenaan turut membawa kenderaan namun feri itu telah dimasuki air dan karam ketika berada pada jarak 300 meter dari pantai.

Agensi pengangkutan Indonesia melaporkan, ombak kuat telah menghanyutkan trak dan kenderaan yang berada dalam feri terbabit.

“Seramai 12 orang maut dan kami sedang berusaha menyelamatkan mangsa lain,’’ kata ketua agensi mencari dan menyelamat Sulawesi Selatan, Syamsibar.

Tidak dapat dipastikan jumlah penumpang yang berjaya diselamatkan namun imej yang disiarkan oleh televisyen tempatan menunjukkan berpuluh-puluh penumpang berpaut pada feri yang terbalik manakala penumpang yang memakai jaket keselamatan dilihat terapung di atas air. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN