KUALA LUMPUR – Kira-kira 10,000 penggemar acara larian lasak berhalangan dijangka akan membanjiri pekarangan Sekolah Antarabangsa Nexus, Putrajaya pada 28 dan 29 Julai ini bagi menyertai Perlumbaan Spartan Trifecta. Pengarah Perlumbaan, Douglas Lau berkata, pihaknya mensasarkan jumlah tersebut memandangkan tiga kelas perlumbaan akan dilakukan secara serentak pada dua hari acara itu berlangsung. “Sebelum ini, kami mengasingkan setiap kelas perlumbaan pada hari penganjuran yang berlainan tetapi pada kali ini, kami ingin…










