KUALA LUMPUR 17 Julai – Seramai 1,000 kaki pancing dijangka membanjiri Taman Tasik Permaisuri, Cheras di sini dalam pertandingan Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) 2018 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Ahad ini. Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Anuar Mhd Juri berkata, kejohanan bertema ‘Jom Pancing, Rakyat Ceria Komuniti Sejahtera’ itu menawarkan ganjaran hadiah keseluruhan berjumlah RM19,000. Katanya, juara pertandingan akan membawa pulang hadiah wang…










