KANGAR 27 Julai – Seramai 10 pelajar Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dikuarantin kerana mengalami gejala penyakit seperti influenza (ILI) semalam. Kesemua pelajar itu adalah dari Kolej Kediaman Tun Abdul Razak di Kampus Tetap Unimap di Ulu Pauh, Arau dekat sini. Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zaini Hussin ketika mengesahkan perkara itu berkata, terdapat satu kluster ILI dikesan di kolej berkenaan. “Seramai 10 kes (pelajar) dikesan mengalami gejala itu daripada keseluruhan…










