10 NGO gesa kerajaan kuatkuasakan undang-undang pengasuh - Utusan Malaysia

10 NGO gesa kerajaan kuatkuasakan undang-undang pengasuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Julai – Sebanyak 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menggesa pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang serta polisi berkaitan pendaftaran pusat jagaan kanak-kanak berikutan kematian bayi berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd. Sufi Naeif yang kini dalam siasatan polis.

Selain itu, NGO-NGO tersebut antaranya Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma); Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Imam) dan Pertubuhan Kesihatan Ikram Malaysia (Ikram Health) berharap kerajaan menyediakan khidmat pusat jagaan kepada kakitangan awam pada masa hadapan.

“Kami turut bersedia membantu kementerian dan agensi berkaitan dalam aspek keselamatan serta kesihatan bayi seperti kepakaran latihan membabitkan bantuan asas kecemasan (CPR).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, kami seluruh NGO perubatan dan kesihatan dengan ini menyatakan kesudian untuk membantu kerajaan memantapkan undang-undang dan akta serta polisi berkaitan bagi mengelakkan kejadian sama berulang lagi,” kata NGO berkenaan dalam kenyataan bersama, di sini hari ini.

Semalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan mayat Adam Rayqal di rumah pengasuhnya yang disimpan dalam peti sejuk di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN