KUALA LUMPUR – Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dilantik Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu menggantikan Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkuat kuasa hari ini. Majlis Serah Terima Tugas antara Zulkifli dan Raja Mohamed Affandi yang bersara wajib disaksikan oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu. Zulkifli, 59, pernah memegang jawatan Panglima Tentera Darat pada 2011 sebelum dilantik Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada…










