Zulkifli bakal Panglima Angkatan Tentera? - Utusan Malaysia

Zulkifli bakal Panglima Angkatan Tentera?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Jun – Desas-desus bahawa Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin akan dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera yang baharu bukan perkara mustahil.

Menurut sumber Utusan Online, nama beliau dipilih oleh Majlis Angkatan Tentera (MAT) untuk jawatan itu dan akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V untuk persetujuan.

“Perkhidmatan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sepatutnya tamat pada Jun tahun hadapan. Tapi keputusan telah dibuat dan perkhidmatan beliau ditamatkan lebih awal,” kata sumber berkenaan.

Menurutnya, pelantikan Zulkifli menggantikan Raja Mohamed Affandi bukan perkara mustahil kerana beliau pernah menjadi Panglima Tentera Darat sebelum menjadi Naib Canselor UPNM. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN