GAZA 2 Jun – Tentera Israel menembak mati seorang jururawat wanita Palestin semalam ketika mangsa cuba membantu seorang penduduk yang cedera di Khan Younis, sempadan Gaza. Kematian Razan Al-Najjar, 21, menjadikan jumlah penduduk yang terkorban sejak bantahan besar-besaran bermula 30 Mac lalu di Semenanjung Gaza meningkat kepada 119 orang. Seorang saksi berkata, Razan yang merupakan sukarelawan perubatan ditembak ketika sedang berlari ke arah pagar sempadan untuk memberi bantuan kepada seorang mangsa yang cedera. Mangsa yang memakai pakaian putih secara jelas mengangkat tangan namun tentera rejim Zionis terus menembak wanita itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya